Leave a comment

Program Guru Ganti Terancang (GGT) Negeri Johor


PROGRAM GURU GANTI TERANCANG (GGT)

A. LATAR BELAKANG
lsu pergerakan guru keluar semasa bertugas disebabkan kepentingan
perkhidmatan, kewajiban, tanggungjawab, hal-hal peribadi seperti cuti, khidmat
sosial.Terdapat juga kes di mana guru hadir tetapi tidak berlaku PdP disebabkan
komitmen lain dan sebagainya. Keadaan yang tersebut sudah menjadi satu fenomena
biasa sejak dahulu lagi. Perkara ini memerlukan satu kaedah penyelesaian yang lebih
komprehensif untuk memastikan anak didik di bilik darjah memperoleh hak yang
sepatutnya.
Pihak Jabatan Pelajaran Johor memandang serius perkara ini dan ada ketikanya sangat
bersimpati kepada pihak pengurusan sekolah ( Pengetua dan Guru besar) apabila
bilangan guru yang keluar pada satu-satu masa, bilangannya luar jangkaan. Walau
bagaimanapun kita berterima kasih kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
kerana memberi beberapa panduan untuk menguruskan keadaan ini seperti yang
terdapat di dalam SPI Bil 10/1995 ( Pelaksanaan JadualWaktu Anjal Bagi Sekotah
Rendah dan Menengah) khususnya perkara Vll dan Standard Pengurusan Sekolah
Kualiti (SPSK) berkaitan pengurusan guru ganti

B PENGENALAN
Pihak JPN Johor telah memikirkan satu garis pandu dengan tujuan membantu
pihak sekolah mengenal pasti punca isu dan cara mengatasinya. Perkara yang
perlu diutamakan ialah hak murid.
Kemenjadian program ini sangat bergantung kepada pihak pentadbir dan semua guru.
Mereka perlu memahami situasi yang dihadapi dan memerlukan komitmen yang
bersepadu. Penyediaan bahan/modul-modul tertentu dan sebagainya adalah sangat
penting bagi memastikan pembelajaran itu berlaku semasa ketiadaan guru.
Antara punca ketidakhadiran guru semasa bertugas ialah;
1. Guru berkursus
2. Aktiviti ko-kurikulum
3. Aktiviti sosial dan Kemasyarakatan secara terancang/Tibatiba
4″ Aktiviti luarjangka
5. Guru bercuti ( Cuti rehat, cutiganti, MC dan sebagainya)
6. Cuti bersalin
7. Menghadiri mesyuarat
8. Kes-kes kecemasan

RASIONAL
Program Guru GantiTerancang amat perlu dilaksanakan walaupun proses
menyediakan guru ganti ini agak kemas dan berjalan lancar tetapi kadang-kala
terdapat beberapa perkara perlu dilihat. Terutama kesediaan guru ganti dan
kualiti masa penggantian. Antara beberapa perkara yang dimaksudkan ialah,
1. Guru ganti terlewat masuk ke kelas dan keluar awal. Mereka sekadar
menjenguk dan kemungkinan tidak masuk ke kelas yang telah ditetapkan.
Berlaku pembaziran waktu sekiranya guru ganti kurang kreatif ketika
menggantikan kelas terutama kelas yang memerlukan perhatian khusus.
Membebankan guru ganti bagi memikirkan aktiviti pembelajaran dan
pengajaran kelas yang digantijika tiada bahan yang ditinggal/dibekalkan.
sukatan pelajaran yang dirangka oleh guru akan terganggu dan kesannya
ialah penguasaan murid pada topik-topik tertentu kurang mantap.

MATLAMAT
Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kurikulum dalam memastikan hak
murid diperoleh secara maksimum di samping mengatasi
masalah pengurusan pentadbiran sekolah serta disiplin murid.

OBJEKTIF
1. Mewujudkan perasaan sayang dan bertanggung jawab kepada murid
dalam kalangan guru yang diganti mahupun kepada guru pengganti.
2. Guru yang diganti dapat menyediakan tugasan untuk murid dengan lebih
sempurna.
3. Guru ganti tidak terasa terbeban.
4. Murid mendapat hak belajar yang sepatutnya.
5. Pengurusan guru pengganti dirancang dan dilaksana dengan lebih
sempurna dan lancar.
6. Mengatasi masalah salah laku displin.
7. Menggalakkan kreativiti dan inovasi guru terutama dalam pembetajaran dan
pengajaran.

F. STRATEGI PELAKSANAAN
Memandangkan terdapat situasi yang memerlukan pelaksanaan guru ganti,
semua guru perlu bekerjasama memastikan pengisian yang bermakna dilaksana
pada masa-masa yang berkenaan. Salah satu pendekatan adalah penyediaan
bahan atau modul pengajaran untuk setiap guru mengikut mata pelajaran. Tiga fasa
dicadangkan untuk memudahkan pelaksanaan strategi iaitu pra, semasa dan
selepas/pasca.

PRA PELAKSANAAN
1. Guru Perpustakaan & Media menyediakan bahan bacaan Bahasa Melayu dan Bahasa
lnggeris yang secukupnya untuk program NILAM.
2. Ketua Panitia dan Guru Perpustakaan & Media menyediakan bahan-bahan rakaman dan
CD Pembelajaran dan Pengajaran semasa ketiadaan guru.
3. Merancang aktiviti bengkel mata pelajaran apabila ketiadaan guru dengan
jumlah yang ramai.
4. Penyediaan jadual guru ganti serta agihannya perlu mengambil kira
permintaan guru, opsyen guru dan guru mata pelajaran kelas tersebut.
5. Guru Penolong Kanan Pentadbiran menyediakan jadualwaktu guru ganti
sehari sebelum, bagiguru yang diketahui akan meninggalkan sekolah.
6. Guru yang diganti perlu menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
untuk setiap hariyang diganti (tidak termasuk Cuti Bersalih, bertugas luar
atau bercuti dalam jangka masa yang panjang – berbincang dengan
pengurusan sekolah) dan menyediakan bahan/maklumat yang berkaitan
untuk guru ganti.
7. Semua bentuk bahan, modul atau rakaman perlu dirancang, disedia dan
diuruskan di awaltahun atau sebelum pegerakan seseorang guru dan
setiap pergerakan hendaklah dimaklumkan dan mendapat kenbenaran
pihak pentadbir sekolah.
B. Mewujudkan jawatankuasa guru ganti. Jawatankuasa ini boleh
melibatkan ahli-ahliyang berada dalam AJK Jadual Waktu sekolah.

SEMASA PELAKSANAAN
1. Guru ganti menerima Slip PK02 dan merujuk kepada Guru Kanan
Pentadbiran/Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)
Guru ganti akan mengambil bahan yang disediakan oleh Guru Penolong
Kanan Pentadbiran/Guru Kanan Mata Pelajaran.
Agihan guru ganti boleh dibuat berdasarkan permintaan guru yang hadir.
Bagi kes-kes tertentu, murid dikumpulkan di dewan atau tempat-tempat
yang sesuai untuk dilaksanakan aktiviti pembelajaran secara bengkel dan
diawasi oleh beberapa guru. Boleh juga diadakan tayangan daripada
bahan rakaman ilmiah yang telah tersedia dirakam oleh guru media.

5. “Tukar gantiwaktu” secara “Suka sama suka” adalah dibenarkan untuk
mengatasiguru tidak hadir. Perkara ini adalah bersesuaian dengan SPI
Bil 10/1995 (merujuk kepada perkara Vll). Walau bagaimanpun perkara
ini perlu dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

SELEPAS / PASCA PELAKSANAAN
1 Borang PK02 dan hasil aktiviti hendaklah diserahkan kepada GKMP/Ketua
Panitia untuk tindakan selanjutnya.
2. GKMP/Ketua Panitia menyerahkan tugasan dan latihan kepada guru yang
digantikan.
3. Tugasan atau latihan yang diberi kepada murid perlu disemak dan diperiksa
oleh guru yang diganti.

G. PEMANTAUAN
1. Pemantauan bagi pelaksanaan Guru Ganti Terancang akan dilakukan
oleh Pengetua / Guru Besar, GPK (Pentadbiran, HEM, Ko-kurikulum dan
Petang), Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)/ Ketua Panitia Mata
pelajaran.
2. Pemantauan perlu dilakukan bagi semua peringkat pelaksanaan iaitu di
peringkat pra, semasa dan pasca pelaksanaan.
3. Rekod bagi kekerapan penggantian seseorang guru dan juga senarai
semak kekerapan guru keluar atau tidak hadir perlu dibuat.
4. Senarai semak kekerapan guru kaunselor masuk ke kelas juga perlu
dibuat bagi memastikan semua kelas mencapai matlamat program
kaunselor.
5. Pemantauan laporan pelaksanaan silibus dan Plan J.

H. CADANGAN MODEL MODEL

1: Berorientasikan Situasi

1.1 Cutl kecemasan

1.2 Cuti jangka pendek

1.3 Cuti jangka panjang

1.4 Ketiadaan guru atau guru tidak hadir dengan bilangan yang ramai.

Cadangan aktiviti bagi Model 1:
Pinjaman buku secara pukal (bulk loan)
Aktiviti guru kaunselor
Set latihan topikal
Set aktiviti umum ( kuiz, sahiba dan lain-lain)
Modul

Set pertandingan
Bahan Interaktif Pembelajaran
Bengkel
Teknik menjawab soalan
Latihan secara’on-line’
Transkripsi

MODEL 2 : Berorientasikan Matlamat
2.1 Menghabiskan silibus 2.2 Meningkatkanpenguasaansesuatukemahiran
2.3 Meningkatkan kecemerlangan
Cadangan aktiviti bagi Model 2:
Bengkel mata pelajaran tertentu
Teknik menjawab soalan
Set soalan peperiksaan
Set latihan aras tinggi
Set latihan umum
Bahan interaktif pembelajaran
Latihan secara ‘on-line’
Transkripsi mata pelajaran

MODEL 3 : Berorientasikan Pemulihan / pengayaan
3.1 Pengayaan 3.2 Pemulihan
Cadangan aktiviti Model 3:
3.1 Pengayaan
Pinjaman buku secara pukal
Set Latihan Umum
Set Topikal
Set Peperiksaan
Set Latihan Mengikut Aras
Bahan I nteraktif Pembelajaran
Set Modul Pelajar Cemerlang
3.2 Pemulihan
Set latihan 3M
Transkripsi
Latihan LINUS, PROTIM, HALUS
Pertandingan ( Kuiz, mewarna dan lain-lain)

I. AKTIVITI.AKTIVITI YANG BOLEH DIGUNA PAKAI OLEH GURU GANTI

1. Set Latihan Topikal
Guru menyediakan set-set latihan mengikut topik sesuatu mata pelajaran.
Guru yang akan keluar perlu menyediakan set latihan topikal yang berkaitan
dan berkesinambungan dengan sesuatu topik.

2. Set Soalan Peperiksaan
Menggunakan selset soalan peperiksaan sama ada ujian bulanan,
pertengahan tahun, akhirtahun atau soalan peperiksaan UPSR, PMR, SPM
dan sebagainya yang boleh diambil daripada bank soalan sesuatu mata
pelajaran. Kaedah ini dapat meringankan tugas panitia/guru-guru subjek
untuk menyediakan bahan-bahan yang boleh digunakan oleh guru ganti.
Seterusnya dapat membiasakan murid kepada situasi peperiksaan.

3. Set Latihan Mengikut Aras
Menggunakan selset latihan yang dibina khas mengikut aras rendah,
sederhana dan tinggi. Guru yang akan keluar mengenal pasti aras sesuatu
kumpulan murid seterusnya memberikan set-set latihan mengikut aras murid
tersebut supaya proses pemulihan atau pengayaan dapat dilaksanakan
dengan lebih efektif.


4. Set Latihan Umum.
Guru menyediakan seberapa banyak set latihan/aktiviti umum yang
berbentuk ilmiah dan menyeronokan. Set-set ini adalah berbentuk menguji
ingatan, kebijaksanaan dan kecerdasan seseorang murid. Contohnya kuiz,
teka silang kata, soalan-soalan lQ, tekaleki, soduku, transkripsi dan
sebagainya. Set latihan/aktiviti umum ini mudah disesuaikan dengan pelbagai
situasi.

5. Bahan-bahan Multimedia dan lnteraktif
Menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menarik dan tidak
membosankan daripada pelbagai sumber seperti VCD, rancangan-rancangan
pendidikan dan internet. Bagi kaedah ini, guru ganti perlu membawa pelajar
ke makmal komputer atau ke bilik tayang.
6. Bengkel Menjawab Soalan
Guru berperanan memberikan penerangan dan berbincang dengan
memberikan panduan serta tips bagi menjawab sesuatu soalan.
7. Motivasi Murid
Pembelajaran dilaksanakan oleh kaunselor/guru ganti dengan memberi
penekanan untuk menguatkan semangat dan azam pelajar bertujuan
mempertingkat prestasi akademik dan kecemerlangan.
B. Pinjaman Buku Secara Pukal (Bulk Loan)
Guru Perpustakaan & Media menyediakan buku-buku cerita Bahasa Melayu dan Bahasa
lnggeris secukupnya. Buku-buku tersebut akan ditempatkan di kelas. Guru
ganti mengarahkan murid membaca buku-buku tersebut sebagai aktiviti
pembelajaran dan memastikan murid mencatat dalam buku NILAM. Kaedah
inidapat meningkatkan pengetahuan murid seterusnya dapat memupuk
budaya membaca murid.
9. Pertandingan
Menjalankan pertandingan sebagai aktiviti pembelajaran seperti pertandingan
kuiz, melukis, mewarna, bercerita, berlakon dan sebagainya. Aktiviti ini
dilaksanakan di dalam kelas atau dewan dan boleh juga diberikan ganjaran
atau hadiah.
1 0. Latihan dalam talian ” on-line”
Guru mengarahkan murid membuat latihan secara dalam talianlontine di
dalam makmal komputer. Guru boleh menggunakan laman-laman sesawang
yang menyediakan set-set latihan interaktif. Murid-murid yang tidak dapat
menyiapkan latihan boleh menjadikan ianya sebagai kerja rumah dan
menyiapkan di luar waktu PdP.
11. Latihan Berfokus
Guru menjalankan latihan secara berfokus sama ada aktiviti pengayaan bagi
murid cemerlang dan pemulihan bagi murid yang lemah.

J. PENUTUP
sesuatu masalah itu tidak akan dapat diselesaikan dengan baik dan
sempurna sekiranya kita hanya meratapinya tanpa berbuat apa-apa.
Kita perlu masuk ke dalam masalah tersebut dan mengukur sejauh mana
impaknya, mencari punca dan mengatur strategi penyelesaianya. Semoga
dengan usaha murni ini akan dapat membantu semua pihak terutamanya
rakan pengetua dan guru besar di sekolah.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: