Leave a comment

UTM Reading Station (UTMRS) di SMK Mutiara Rini

UTM Reading Station (UTMRS)
Monday, 11 June 2012 10:12
Penubuhan Reading Station di BTPN Johor dan 4 buah sekolah adalah anjuran bersama Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM Skudai sebagai satu inisiatif untuk memupuk budaya membaca serta sikap bertanggung jawab dalam menghargai bahan bacaan di kalangan murid dan masyarakat Malaysia. Sekolah-sekolah yang terpilih untuk menjadi perintis kepada program UTMRS adalah SMK Mutiara Rini, SMK Sri Skudai, SK Taman Sri Pulai dan SK Taman Universiti 4. Sekolah-sekolah yang terlibat telah menerima rak buku dan bahan bacaan daripada UTM Skudai.

UTM READING STATIONS
1. PENGENALAN
Idea bagi menyediakan persekitaran yang menggalakkan aktiviti
membaca adalah ilham dari Naib Canselor UTM, Y. Bhg. Prof. Dato’. Ir.
Dr. Zaini bin Ujang. Hasrat ini telah disampaikan kepada pengurusan
PSZ semasa lawatan singkat ke PSZ pada 9 April 2009. Usaha ini
diadakan bagi membuktikan kesungguhan Universiti dalam memupuk
budaya ilmu di kalangan masyarakat Universiti. Persekitaran dan
suasana yang sesuai untuk aktiviti pembacaan perlu diperluaskan di
tempat-tempat strategik di kampus ini bagi merangsang minat dan
keseronokan membaca di kalangan masyarakat UTM.
Lokasi sudut membaca di UTM yang dikenali sebagai ’Reading Station’
(UTMRS) diadakan di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti. Ini
adalah bagi menyediakan suasana membaca yang santai dengan koleksi
bacaan ringan yang disumbangkan oleh komuniti UTM dan juga
beberapa pihak lain yang dikenalpasti.
2. OBJEKTIF UTMRS
2.1 Mendorong, menggalak dan merangsang pembacaan di kalangan
masyarakat khususnya warga UTM dan masyarakat am.
2.2 Menjana idea kreatif melalui pembacaan dan penghayatan karya
asli.
2.3 Menjadikan budaya membaca sebagai satu aktiviti berfaedah
dalam memenuhi masa terluang setiap individu.
2.4 Mempromosi budaya membaca melalui bahan bacaan yang
digemari.
2.5 Memupuk sikap bertanggungjawab dalam menghargai dan
memelihara koleksi UTMRS yang dikumpulkan melalui kaedah
sumbangan masyarakat UTM sendiri.
2.6 Memupuk semangat perkongsian bahan melalui sumbangan
bahan kepada UTMRS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: