Leave a comment

Bengkel FROG VLE – 1BestariNet di perpustakaan

image Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Pn Azmah Shuib sedang mengendalikan Bengkel FROG VLE di bawah Projek 1 BestariNet di perpustakaan. Kumpulan peserta adalah terdiri daripada guru-guru di bawah Bidang Bahasa dan Bidang Teknik Vokesional. Manakala bagi kumpulan guru-guru Bidang Sains Matematik dan Bidang Sains Kemasyarakatan bengkel yang sama diadakan di Makmal Bahasa yang dikendalikan oleh Guru Data, Pn Suriati Ahmad. Guru Penyelaras Bestari Pn Pua Yoke Ching dan Guru ICT Cik Lim Gaik Choo berindak selaku ‘Admin’ memantau keseluruhan perjalanan bengkel yang yang dijalankan serentak di dua lokasi. Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet.Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran bolehdilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: