Leave a comment

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) & READ 2012 pada 24 Oktober 2012

Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2008 bertujuan membina, memupuk dan seterusnya membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Program ini dilaksanakan pada penghujung penggal persekolahan bagi mengisi ruang dan aktiviti selepas peperiksaan di samping meneruskan momentum pembelajaran kendiri murid-murid di sekolah. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di dalam entri Malaysian Book Of Record (MBOR) 2010.

Bagi menyokong dan memastikan kejayaan program ini, Scholastic Malaysia akan menyumbang 50 buah buku bahasa Inggeris terbitan Scholastic kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian. Selain dari meningkatkan koleksi bahan bacaan Pusat Sumber Sekolah, sumbangan ini juga menjadi pemangkin kepada pelaksanaan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) dan diharapkan dapat memberi impak positif kepada peningkatan tahap penguasaan bahasa Inggeris murid-murid.

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Read 2012 yang dijangka akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Oktober 2012 (Rabu)

Tempat: SMK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor

Semoga kerjasama erat antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia akan terus kukuh dan berterusan sejajar dengan visi Malaysia sebagai negara berasaskan ekonomi pengetahuan (k-economy) dan maju menjelang 2020.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: