Leave a comment

Wujudkan Perpustakaan Keluarga di rumah sebagai satu aktiviti cuti sekolah

 Wujudkan perpustakaan keluarga dirumah

Mereka bersaing sesama sendiri untuk memiliki ilmu dengan menanam sikap membaca buku yang mengandungi pelbagai bahan yang kaya dengan maklumat.
Era globalisasi sekarang bukan seperti zaman pada awal 50-an dahulu di mana buku-buku atau surat khabar bukan perkara yang wajib untuk dimiliki. Kesusahan yang dialami pada waktu itu membataskan mereka untuk membeli bahan bacaan yang kerap dianggap tidak mendatangkan keuntungan.

Sebaliknya, pada masa ini buku-buku yang dimiliki menjadi koleksi peribadi sesetengah orang.
Mana-mana buku kesayangan disimpan dan disusun rapi di dalam rak dan sering digunakan sebagai bahan rujukan.
Dengan erti kata lain, mereka menggunakan koleksi buku-buku sepenuhnya dan menukarkannya untuk menjadi sebuah perpustakaan mini di rumah.

Kaedah perpustakaan mini boleh dimanfaatkan sepenuhnya sehingga menjadi perpustakaan untuk seisi keluarga.
Sehubungan itu, Perpustakaan Negara Malaysia telah memulakan kempen perpustakaan keluarga semenjak tahun 1991 untuk memastikan masyarakat Malaysia tidak buta huruf dan tidak meninggalkan bahan bacaan apabila tamat sekolah.
Setiausaha Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Siatan Ahmad berkata, konsep untuk mengadakan perpustakaan keluarga tidak perlu dilengkapi dengan peralatan yang cantik.
Maksudnya, jika sesebuah keluarga itu berminat untuk membuka perpustakaan sendiri, harga dan kos tidak perlulah diambil kira. Cukup sekadar mengikut kemampuan masing-masing.
“Saya berpendapat untuk merealisasikan perpustakaan keluarga ini, tidak perlulah rumah cantik atau semuanya mahu cantik. Tetapi cukuplah sekiranya ada ruang di dalam rumah dan mereka berminat, pasti tiada halangan mewujudkannya.
“Malah sekadar meletakkan sebuah rak berisi bahan-bahan bacaan untuk seisi keluarga terutamanya anak-anak kerana di sinilah bermulanya tabiat membaca itu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Siatan, pada zaman ibu bapa berpendidikan tinggi kini, mereka wajar mengasaskan perpustakaan keluarga mengikut keperluan yang bersesuaian. Secara tidak langsung boleh mengeratkan hubungan sesama keluarga lebih-lebih lagi bagi mereka yang sentiasa sibuk.

 

Di samping itu, dengan membina perpustakaan keluarga, berkemungkinan besar akan menjadi ikutan lain apabila ada yang berkunjung ke rumah.

Seterusnya membuka jalan bagi mereka yang berminat tetapi masih teragak-agak untuk membuka perpustakaan sendiri kerana pelbagai faktor menjadi penghalang. Malah kos boleh dikurangkan jika pandai menggunakan kreativiti sendiri untuk membina sendiri rak buku. Buku-buku yang hendak dijadikan koleksi tidak perlulah yang mahal harganya dan bahan bacaan juga boleh diperoleh dengan mudah.  Siatan percaya rumusan terbaik untuk menggalakkan orang ramai menanam sikap membaca ialah dengan menggalakkan mereka ‘dekat’ dengan buku sebelum membeli dan membacanya. Beliau berharap kesan daripada penerapan nilai gemar membaca, akan meningkatkan budaya membaca masyarakat negara ini kelak.

Itulah juga harapan negara yang mahu melahirkan warga Malaysia yang berilmu dalam pelbagai bidang.

Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htm#ixzz2Bsdpol8i

© Utusan Melayu (M) Bhd

PERKONGSIAN ILMU

Panduan Perpustakaan Keluarga

Perpustakaan Keluarga atau sudut bacaan di rumah boleh dijadikan saluran yang berkesan untuk menerapkan minat

membaca dikalangan anggota keluarga.

Yang dimaksudkan dengan Perpustakaan Keluarga ialah bilik, ruang ataupun sudut di rumah yang telah dipilih khas

untuk menempatkan bahan-bahan bacaan seperti buku, majalah, akhbar, pita kaset ataupun pita video. Bahan-bahan

bacaan tersebut disusun dengan rapi di rak buku yang ditempah ataupun dibuat sendiri.

Untuk memudahkan mendapat buku yang diperlukan dari perpustakaan anda, buku-buku tersebut perlu diproses, yakni

dicatatkan butiran penerbitan seperti nama pengarang, judul, nombor ataupun tanda khas, ke dalam rekod yang dikenali

dengan nama katalog.

Katalog boleh diwujudkan dalam bentuk kad ataupun buku. Katalog ini semakin penting apabila koleksi bacaan anda

semakin bertambah. Dengan adanya Perpustakaan Keluarga ini, anggota keluarga akan senantiasa terdedah kepada

bahan-bahan bacaan.

Buku yang hendak dibaca pula boleh diperolehi dengan mudah, bila-bila masa sahaja.

Perhubungan keluarga juga boleh dieratkan lagi dengan membaca bersama dan membincangkan apa yang telah dibaca.

Panduan Perpustakaan Keluarga – Tempat

Pemilihan tempat yang sesuai amatlah penting untuk menentukan perpustakaan digunakan dengan sebaikbaiknya.

Tempat-tempat boleh dipertimbangkan mengikut kemampuan keluarga:

 di mana-mana sahaja yang boleh menempatkan bahan bacaan

 sudut yang paling sesuai serta jauh dari punca kebisingan

 sebuah bilik khas

 sebuah almari atau rak.

Jika kita boleh dapat menyediakan sebuah bilik, sebaik-baiknya pilihlah bilik yang letaknya di tempat yang sesuai dan

jauh dari gangguan. Untuk keluarga yang hanya mempunyai sudut-sudut kecil di rumah memadailah dengan menempatkan

almari atau rak buku. Usaha ini tidak memerlukan belanja yang besar dan rak mudah dialihkan dari satu sudut ke

sudut yang lain.

Jikalau ruang yang ada hanya di satu sudut sahaja, pilihlah sudut yang sesuai untuk kegunaan kegiatan keluarga. Sekiranya

ruang itu tidak mencukupi, sudut di dalam bilik tidur anak juga boleh digunakan untuk menempatkan koleksi bahan

bacaan anak-anak. Terserah kepada ibu bapa untuk menentukan luas ruang yang diperlukan.

Panduan Perpustakaan Keluarga – Koleksi

Umumnya, koleksi perpustakaan akan mencerminkan minat serta tingkat pembacaan seseorang. Koleksi Perpustakaan

Keluarga akan mencerminkan minta bacaan penghuninya. Sebaik-baiknya, koleksi perpustakaan mempunyai imbangan

bahan-bahan bacaan yang berat dan ringan. Ini meliputi buku-buku ilmu dan bacaan ringan seperti fiksyen dan majalah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: