Leave a comment

Program READ2013 sempena Kem Membaca 1 Malaysia ( KM1M) 2013

image

Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2008 bertujuan membina, memupuk dan seterusnya membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Program ini dilaksanakan pada penghujung penggal persekolahan bagi mengisi ruang dan aktiviti selepas peperiksaan di samping meneruskan momentum pembelajaran kendiri murid-murid di sekolah. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di dalam entri Malaysian Book Of Record (MBOR) 2010.

Bagi menyokong dan memastikan kejayaan program ini, Scholastic Malaysia akan menyumbang 50 buah buku bahasa Inggeris terbitan Scholastic kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian. Selain dari meningkatkan koleksi bahan bacaan Pusat Sumber Sekolah, sumbangan ini juga menjadi pemangkin kepada pelaksanaan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) dan diharapkan dapat memberi impak positif kepada peningkatan tahap penguasaan bahasa Inggeris murid-murid.

Semoga kerjasama erat antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia akan terus kukuh dan berterusan sejajar dengan visi Malaysia sebagai negara berasaskan ekonomi pengetahuan (k-economy) dan maju menjelang 2020.

MAJLIS PELANCARAN PERINGKAT SEKOLAH

Maljis Pelancaran Program READ2013 sempena KM1M
Tarikh : 28 Oktober 2013 (Isnin)
Masa  : 1.00 ptg
Tempat : Dewan Mutiara
SMK Mutiara Rini

Aturcara  Majlis :
– Bacaan Doa
– Nyanyian Lagu Sekolah & Bangsa Johor
– Persembahan pelajar
– Ucapan Perasmian oleh Penolong Kanan Petang
– Aktiviti Membaca serentak semua Guru & Pelajar selama 20 min 13 saat.

Sehubungan dengan itu semua guru & pelajar diminta membawa sebuah buku untuk dibaca di majlis pelancaran tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AJK PELAKSANA

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM READ2013 SEMPENA KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M)

PERINGKAT SEKOLAH –  SMK MUTIARA RINI TAHUN 2013

TEMA :  “MEMBACA JAMBATAN ILMU”

 Aturcara KM1M & AJK Pelaksana

 

DSC_0581 DSC_0590 DSC_0602 DSC_0608

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: