Leave a comment

KEPUTUSAN PT3 DAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE SBP

KEPUTUSAN PT3.

PT3 adalah sebahagian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh itu keputusan PT3 dikeluarkan sendiri oleh sekolah-sekolah menengah. Tiada pengumuman oleh KPM/JPN/PPD.
Analisis nasional PT3 tidak akan dibuat perbandingan dengan PMR sebelum ini kerana:
1) format dan instrumen yang berbeza;
2) struktur soalan subjektif yang menyediakan ‘open response ‘, berbanding struktur soalan objektif yang menyediakan ‘multiple choice response’ dalam PMR;
3) tahap kesukaran yang berbeza iaitu 3:4:3 (rendah:sederhana:tinggi) dengan elemen KBAT, berbanding 5:3:2 dalam PMR;
4) penggredan ikut ‘standard setting’ berbanding ‘standard fixing’ PMR. ‘Standard setting’, sebagai contoh, bermaksud gred A telah set pada markah 80 keatas manakala ‘standard fixing’ gred A boleh di’fix’ mengikut prestasi keseluruhan calon (norm-reference), trend pencapaian dan kriteria.
Sekian.
KPPM
Harap justifikasi ini difahami dgn jelas supaya kita boleh menjawab semua persoalan.

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama)
————–

Kemasukan ke Tingkatan 4 di SBP 2015

Sehubungan dengan hal tersebut juga, KPM ingin memaklumkan bahawa kriteria yang akan digunakan untuk kemasukan ke Tingkatan 4 di SBP tahun 2015 menerusi PT3 adalah;

a.           Memperoleh Gred A bagi sekurang-kurangnya enam ( 6 ) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Science dan Mathematics, tetapi  tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Punjabi.

b.           Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kedua-dua ditaksir secara Bertulis dan Lisan. Bagi maksud kriteria pemilihan ke SBP, Ujian Bertulis dan Ujian Lisan akan dikira sebagai dua pentaksiran berbeza bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.

c.           Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran yang lain; dan

d.           Untuk Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama Ikhtisas, calon wajib memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, dan sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
 
Di samping itu, saringan kemasukan juga mengambil kira pencapaian   menerusi PS. Manakala penilaian 10% markah kokurikulum adalah melalui PAJSK akan dijadikan sebagai asas skor pencapaian dalam sukan dan kokurikulum serta kepemimpinan. Pentaksiran Psikometrik pula akan digunakan sebagai panduan kesesuaian aliran mata pelajaran serta kemampuan dan minat mereka.

KPM juga mengekalkan aspek merit pemilihan untuk kemasukan ke SBP pada tahun 2015 iaitu dari aspek Akademik, Sukan dan Kokurikulum, Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga  dan Lokasi Sekolah Asal  murid. Selain kriteria dan merit tersebut, calon mestilah warganegara Malaysia dan bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.

Permohonan

Permohonan bagi kemasukan di Tingkatan 4 ke SBP bagi tahun 2015 adalah secara ‘online’ melalui laman sesawang KPM http://www.moe.gov.my yang akan dibuka bermula 1 hingga 30 Disember 2014. Untuk itu, calon-calon yang memohon untuk masuk ke SBP, boleh mula mengisi secara online pencapaian PAJSK, PS dan Psikometrik pada 1 Disember 2014. Sementara itu, keputusan PT3 yang sebenar boleh diisi bermula pada 22 Disember 2014.

Semakan Keputusan

Semakan keputusan pemilihan dan penempatan boleh dibuat selewat-lewatnya mulai 30 Januari 2015. Semakan keputusan  boleh dibuat menerusi kaedah seperti berikut:

a)           Laman Web KPM www. moe.gov.my
b)           Kaunter BPSBPSK, KPM
c)           Talian hotline BPSBPSK, KPM : 03-83217400
d)           Kaunter JPN / PPD yang berhampiran.

Calon-calon yang berjaya akan dimaklumkan juga melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Calon-calon yang tidak berjaya boleh mengemukakan permohonan secara e-rayuan di laman web KPM.
 
Pendaftaran

Setelah mengambil kira Cuti Tahun Baru Cina tahun 2015, maka bagi calon-calon yang berjaya dalam permohonan mereka, Pendaftaran di SBP yang ditetapkan akan bermula pada 23 Februari 2015.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

SUMBER : Kementerian Pendidikan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohd Fauza
n bin Abu Hassan
Penolong Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Sektor Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tel : 03-88706278
Faks : 03-88706885

–BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: