Leave a comment

Persidangan atas talian “Education on Air”

Tuan/Puan,

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Google for Education telah merencana persidangan secara atas talian “Education on Air” untuk memberi peluang kepada semua guru berbincang dan meneroka kaedah-kaedah terbaik pengajaran dan pembelajaran (PdP) abad ke-21. Di samping itu, kaedah-kaedah praktikal daripada guru-guru Malaysia yang telah berjaya merangsang murid-murid menggunakan teknologi dan inovasi turut juga dilibatkan dalam persidangan atas talian ini.

3.       Persidangan secara atas talian ini boleh dicapai di alamat tiny.cc/eoagegkt bermula 01 November 2015. Mereka yang berminat untuk menyertai program ini perlulah mendaftar pada laman sesawang tersebut selewat-lewatnya 15 Oktober 2015.

4.       Sehubungan itu, pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri diharap dapat memanjangkan perkara ini kepada sekolah-sekolah di bawah seliaan tuan/puan. Bersama-sama emel ini dikepilkan poster jemputan ke program tersebut untuk tindakan tuan/puan.

5.       Kerjasama dari pihak tuan/puan dalam perkara ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“SEJATI SEJIWA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

ZULFADLI BIN AB RAHIM
Penolong Pengarah
Sektor Pembangunan Kapasiti Profesionalisme
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: