Leave a comment

Latarbelakang

DSCN6429 DSCN6432SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini mula beroperasi pada 1 Januari 2001 di bawah pengurusan pengetua pertamanya, Puan Halimah Bt. Ali sehingga 15 Julai 2001. Pengetua kedua, Puan Hajah Siti Raudah Bt. Moh meneruskan pentadbiran sekolah ini mulai 16 Julai 2001 sehingga 31 Januari 2006. Mulai 1 Februari 2006 hinggalah 30 November 2012, sekolah ini diterajui oleh Puan Mariani Bt. Mohd Saad selaku pengetua ketiga.

Sekolah yang terletak di tengah-tengah kawasan perumahan Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru ini adalah terletak kira-kira 25 kilometer dari Bandaraya Johor Bahru.

Sekolah ini dibina untuk memenuhi keperluan pendemokrasian pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Keenam (Program Kementerian Pendidikan Malaysia) dan dibina melalui kaedah “design and build” oleh pihak pemaju perumahan Mutiara Rini. Mengikut perancangan asal sekolah ini dibina untuk Pengoperasian Program Sekolah Bestari.

Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan fizikal meliputi 36 buah bilik darjah, 3 buah bengkel Kemahiran Hidup dan enam buah makmal sains. Kemudahan-kemudahan lain adalah seperti surau, koperasi sekolah, kedai buku, bilik kesihatan, makmal komputer, bilik seni, bilik muzik dan makmal bahasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: